Tuesday, July 10, 2012

Anak Din Biola

Pada suatu hari saya jalan-jalan kesana ke mari tak ada hala tuju kata orang tua, dalam hati mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti, adakah ganja, adakah rokok adakah Maimon anak Pak Dollah, mencari dan terus mencari terjumpa dua orang pelik yang ku anggap sebagai penyelamatan dunia aku di dunia fana ini.

Sorang bersifat dominan dan sangat yakin dengan setiap kuputusan. Boleh kata apa yang dia buat menjadi lah tapi ku lihat beliau menggunakan pelbagai cara untuk terus berjaya, orang politik kata menghalalkan apa yang tak patut dan menghalalkan apa yang dah halal. Menggunakan teknik torehan ikan hering, eh bukan teknik tu. teknik berkomplot dengan pelbagai kelompok manusia untuk terus berjaya.

Sorang lagi bersifat lebih lembut untuk mendekati aku, gaya percakapan menyakinkan aku, berkopiah menunjukan beliau seorang yang boleh dipercayai, peluk aku untuk menenangkan aku tapi bukan pelukan lelaki sama lelaki yang bernafsu. bukan keran aku bukan lah kalangan yang bernafsu terhadap sentuhan lelaki. tapi aku menepis pelukan tersebut kerana niatku hanya mencari sang penyelamat yang dapat membawa ku selamat di dunia ini.

Aku keliru untuk meminta pertolongan dari kedua orang ini terlalu pelik bagi ku untuk terus berfikir tentang mereka ini kerana dilihat sebagai satu mainan hidup yang mengeksploitasi minda orang yang seperti aku ini.

Tiba-tiba aku nampak dari celahan mereka berdua terdapat ramai orang yang mimik muka macam aku, wajah keliru macam aku, hati dan perasaan macam aku. aku pilih mereka.

Kenapa aku pilih mereka

Kerana mereka ada lah rakyat. rakayat yang berusaha untuk terus hidup tanpa dieksploitasi oleh mereka-mereka (parti politik) untuk terus berkuasa.

Persetankan apa yang mereka canangkan, dua belah pihak memang aku tak percaya. Bagi lah aku duit pompuan, gadis-gadis meleis yang cantik dan sunti tak pernah disentuh lelaki bagai. Aku tak terima yang aku terima ialah keadilan dan ketelusan sejati yang aku cari. Aku yakin suara rakyat lebih padu dan lebih kuat dari ceramah-ceramah politik yang aku lihat sebagai nyanyian politik yang bodoh.

Kata Anak Din Biola kepada saya.

Monday, July 9, 2012

Dunhil

Hello,
Nama saya Dunhill, punyai 20 orang adik beradik dan saya yang paling sulung sebab saya yang keluar dulu dari kotak merah berlambangkan Dunhill dengan teknologi reloc yang membuatkan kami selesa tanpa masuk angin dalam kotak tu sebelum lahir.

Hidup saya sekejap jea, lebih kurang 2 bulan dalam kotak dan bila lahir jea hidup dalam masa 5minit je. Sekejap jea, dalam masa 5 minit tu saya sangat dikeji oleh orang yang punyai sikap pesimis yang menanam dalam diri tu hanya orang macam saya jea yang memudaratkan diri mereka. Sikap ini bagi ahli keluarga dan kerabat handai saya sebagai satu "choi !!!" yang mendalam.

Hidup saya membebaskan asap yang menyelinap ke segenap tubuh tuan saya, masuk menyegarkan tempat-tempat yang dapat ku celahi. ku gagahi masuk ke dalam otak membiarkan nikotin melekat kedalam tubuh tuan aku. Membiarkan nikotin itu sebati ada lah satu yang mudah agar terus setia bersama ku.

Kubiarkan tubuh ini nikmat bersenggama dengan aku dengan rasa yang boleh mengstimkan mata.

Aku hanya punyai masa 5 minit,sangat singkat bagi ku tapi dengan latihan yang bermula dari zaman British lagi dengan lahirnya candu yang melalaikan segenap pelusuk orang Asia pada ketika itu, itu lah latihan jalanan pertama ku lebih kurang.

Ku ukirkan nikmat bagi pengguna ku tapi ku ciptakan kebencian bagi orang yang meluat dengan kehadiran ku.

Bagi mereka asap bas berkepul hitam legam itu lebih bersih dari asapa putih jernih yang ku lepaskan.

nasib ku sebagai seorang Dunhill, seniman jalanan yang mencipta nikmat tanpa batasan.

tapi ditubuhku ada tatu " Rokok boleh membahayakan KESIHATAN"

cerita Dunhill kepada saya.

Sunday, July 8, 2012

Suria

Nama saya Suria, kenapa Suria sebab mak saya cakap Suria boleh menerangi segenap pelusuk alam begitu juga dengan saya dimana mak saya berharap saya dapat menerangi kehidupan semua orang dengan cara saya sendiri.

Memang ditakdirkan saya menerangi hidup orang lain. memang ianya satu takdir yang diharapkan oleh kedua ibu bapa saya. Saya memberi harapan kepada semua orang bahawa terdapatnya jalan unutk segala masalah mereka. saya sinarkan hidup mereka dengan berkat dan hijab nama saya.

Tak kurang juga yang selalu salah anggap terhadap cahaya yang saya berikan. cahaya yang saya terangi selalu diputar alam kepada cinta, rasa kasih. itu menjadi permasalah dalam benak hati kabur saya. suria bukan untuk cinta,suria untuk menolong orang bukannya disalah anggap dan dipermainkan perasaan hati selembut kulit telur ini.

Ditabahkan hati juga untuk terus berjuang kata hati saya, banyak lagi kehidupan yang perlu di beri pencahayaan termasuk juga hidupan bukan manusia seperti pokok untuk mereka meneruskan hasrat untuk melakukan fotosintesis.

akhirnya, menjadi lumrah bagi sang penyinar, walaupun bersinar tapi dibelakangnya sangat rapuh, tidak ada penyokong.yang ada cuma Sang Pencipta,mak ayah dan sang bulan. Mereka menjadi tulang belakang yang teguh dan kuat. ibarat putaran alam.

Cerita suria kepada saya.