Saturday, July 27, 2013

gembira

gembira ni subjektif,

saya lihat seorang ayah yang hanya ada basikal jea sebagai kenderaan,
satu hari saya lihat dia kayuh basikal dengan menuntun satu lagi basikal (korang boleh bayang mcamana),
muka dia nampak gembira, saya behenti kereta, tunggu dia lalu dan tanya, dia cakap basikal ni untuk anak dia, walaupun basikal terpakai, dia gembira sebab dia pasti anak dia pasti gembira dapat basikal. itu kita panggil gembira.

berdekatan tempat kerja saya ada seorang lelaki, kurang siuman perwatakan dia,
boleh kata dia akan bunyikan hon mcam di stadium tu untuk meriuhkan keadaan,
walaupun pelik tingkah laku, tapi gembira nya beliau, itu juga kita kata gembira.

kalau anda biasa lepak dikawasan kota bharu pada malam hari, tak kira mana mana kedai, anda pasti akan didatangi oleh seorang budak yang menjual kerepek,
menjaja lagaknya trapi lebih tepat kita katakan mencari rezeki halal,
kalau ada orang beli dia muka biasa biasa saja sebab tu rutin beliau,
selepas tu akan datang seorang mak cik dengan motosikal kelihatan gembira kerana dia tahu, dia dapat bgi belnja kepada anak anaknya esok pagi.itu juga kita panggil gembira.

begitu juga kalau kita bagi baju raya kepada orang anak anak orang kampung yang kurang berkemampuan, kita ayik menangis tak dapat baju raya atau beli lewat takut tak dapat baju, mereka redha, redha dengan rezeki yang ada. dapat baju raya.senyum lebar.itu gembira. bukan ank memperkecilkan atau mempersoalkan tugas ibu bapa mereka tapi kita kurangkan beban mereka.

gembira ni tak perlu masuk paper, tv adik kakak.. yang penting hati.. gembiranya kita sebab hati kita gembira.