Saturday, May 2, 2020

Intramuros

Panas terik hari itu di Manila,
Kota Lama menjadi destinasi,
Kau sapu dahi tanda kepanasan,
Dengan kaca mata hitam kegemaranmu.

Kota ini penuh dengan binaan lama,
Sejarah Portugis di Manila,
Sejarah bukannya tujuan, tapi binaannya,
Wajahmu bersinar tanda menikmati.

Katadral megah di tengah kota,
Berpusu-pusu pelancong bergambar,
Semulajadinya kau akan terus berada di posisi,
Foto menajdi tugasan ku.

Kubu tepi laut begitu gah,
ditemani meriam meriam lama,
rambut mu ditiup angin sepoi sepoi,
aku layu melihat kecantikan mu.

Satu beca rapat menawar perkhidmatan,
Beroda tiga dikayuh anak muda,
Kamu sungguh menikmati setiap pandangan,
Senyumanmu pelengkap Intramuros pada hari itu.

Tuesday, April 28, 2020

Changdeokgung

Pasir putih dan bersih menyambut ketibaan,
Disulami dengan udara sejuk hampir bawah beku,
Rambut paras bahu gaya tempatan begitu asyik,
hanbok dan kamu secocok sekali pada hari indah itu.

Suasana muram tinggalan istana sejarah lampau,
Istana yang bukan asalnya begitu selepas tragedi,
tidak sama dengan kamu hari itu,
sentiasa bersinar dan gemerlapan dibawah cahaya matahari sejuk.

Suasana keperangan di hujung musim luruh,
Membuat istana begitu indah mengamit masa lampau,
Kamu begitu cantik persis puteri dari sejarah lampau,
Senyuman mu ibarat keindahan kepada rakyat jelata.

Tasik Begitu indah di indahkan lagi dengan pentas ditengah,
angin bertiup lembut meniup daun dan dan pokok luruh,
Kamu dan hanbok kelihatan memeluk erat,
Melihat kamu melihat aku untuk memeluk mu.

Di hadapan mu sebuah perpustakaan lama,
Dibina untuk anak anak raja dulu,
Aku terpegun melihat kamu berlari lari kecil,
Indah nya kamu dihadapan ku.

Pintu utama istana begitu gah,
Segahnya kerajaan lama sebelum rebah,
Kita segah pintu utama dimasa itu,
Mungkin magis dimasa hadapan dapat mengembalikan kegemilangan.

Tuesday, May 5, 2015

Tok !! Tok !!

Tok !! Tok !!

Ku ketuk pintu.

Sepi tanpa balas.

Tok !! Tok !!

Akhirnya pintu terbuka

ku lihat orang yang ku cari

dia senyum

Sayang, jodoh kita pasti bertemu...

Lalu ku masuk bersamanya.

Masuk ke dalam hati nya.

TEGUH

Jangan biar dinding keyakinan mu runtuh,

ibarat bata bata yang tak di ikat kemas,

jatuh satu per satu,

lemah,

kerana

sesuatu yang kau yakini kecik,

masalah tak pernah tak ada jalan penyelesaian,

yang ada,

yang diri kita yang tak mahu jumpa penyelesaiannya.

titik

Monday, January 19, 2015

Sebenar benar dewasa

Masa kecil kita selalu fikir nak jadi dewasa sebab bebas memilih apa yang kita mahukan.
Masa dewasa kita akan pingin sangat nak kembali kemasa kecil, kerena ketenangan dan keriangan.

Orang tua cakap tiada benda yang sempurna, itu benar.

Sebab kereta Proton buatan Malaysia indah permai ahli politik kepala bana pun tak sempurna, dia bagi kita masalah tingkap kuasa.

Produa apatah lagi, bagi kita kereta disaluti besi buruk.

Tapi yang batil dan benarnya,


MANUSIA TAK PERNAH PUAS DENGAN APA YANG MEREKA ADA.

Sunday, June 29, 2014

Salah Tafsir

Kita memang xpernah lagi dri salah sangka. Waima kita salah sangka dengan orang, atau kita sendiri yang ingin salah sangka tu terjadi.

Kita selalu salah sangka dengan orang kerana ianya tidak mengikut kehendak hati kita dan ia boleh menyebabkan timbulnya perasaan hasad dengki ataupun tidak puas hati.

Selalu juga kita sengaja membuat orang salah sangka.contohnya nak lari dari ex kita gunakan kawan kita sebagai alat untuk orang salah salh sangka.

Tidak diketepikan bahawa asa kebaikan dalam hal ini, tapi tuhan wujudkan konflik salah sangka ini untuk mengimbangi alam ini, qada' dan qadar mungkin, bagi chinese mungkin ying yang mereka dan bagi indian mungkin kalendar mereka. Smua bertujuan.

Begitu jugahati aku, bertujuan untuk terus kukuh mendapatkan apa yang aku inginkan,

Di ingatkan juga bahwa istilah gelap dalam kehidupan kita tu tak wujud tapi yang wujud ialah kurangan cahaya, jadi cari cahaya tu untuk cerahkan kembali hidup anda.

Monday, June 23, 2014

LIGA

manusia selalu berada dalam liga mereka sendiri. Kau kerja ditempat yang penuh dengan orang yang suka dengan kerja mereka dah tentu mereka lah raja, sebab banyak pengalaman. Tapi kau kena redho kalau mereka anggap kau lain sebab tu bukan tempat kau. Berlakon yang kau enjoy Bukan buat muka ketat. Rendah diri tu penting sebab ilmu hidup Bukan datang dari mana mana buku, xde bai.

Jangan ego sebab kau tu xde apa, serius xde apa apa. Kau belajar degree pun kalau xleh buat kerja buat apa. Ikut resam padi makin tunduk makin berisi bukan macam lalang. 

Liga aku sekarang macam main Bola decision 14.sebab macam sampah sangat.

Sebab apa sampah?  Sebab xtahu apa apa.

Liga sampah

Saturday, June 21, 2014

DEWASA

Besar Besar pun Nak Tulis blog Lagi tapi persetankan Kata Kata yang berbisik setiap inci  kehidupan  yang fana  ini. Kau  apa  tahu  kehidupan dewasa yang semua nya  tahi. Tapi tahi tu  lah yang but Kau jadi apa yang Kau Nak.

Dua tiga  bulan ni memang berat ibarat kau Satu dunia nilah masalah kau. Aku tak sedar yang masalah orang lain ibarat sepuluh dunia Dia pikul.  Kau tengok najib tu, muka jea gembira hati Dia, kau tahu ke. Haaaa sama lah macam aku kat sini. Macam kamu kamu juga yang ingin berjaya, nak duduk rumah moden, pakai superbike, pakai baju pejabat, kerja menolong orang. Tu lah rasanya definisi berjaya.

Walaupun, kau jumpa orang pelik  pelik. Tapi kena redho bai.

Dulu isap marlboro lepas tu murah sikit Winston lepas tu cukup lah. Kau jngan isap rokok lagi murah dari tu. Faham!!!!!

Sebab apa tak boleh??? Sebab rokok membahaya kan kesihatan. Rokok lebih sepuluh ringgit tak apa.

Satu lagi, peduli apa Aku besar besar pun tulis blog lagi.

P/s : kepada transgender, jngan kau ingat aku tak tahu kau laki. Tunggu masa jea aku pedajal bangsa bangsa kamu dimuka bumi pejabat nanti.  Dahlah pondan tak pegi sembahyang jumaat pula tu.

Friday, January 3, 2014

Kota Bharu Ku Indah Permai

Hello,

Rasanya macam dah tak relevan menulis dalam blog semenjak semua orang guna Twitter, Facebook, Instagram, VSCOCam lah dan macam macam lagi.

tapi

Nak tulis apa yang terbuku dalam hati masih lagi relevan dalam ni.

sebab

bukan nak berniaga pun or spam spam orang pasal kerja buat duit 10k sebulan atau jual ubat yang ntah apa apa

cuma

nak menulis

Sejak bulan Jun tahun lepas, aku berada di kampung halam indah permai lagi mengasyikan.

Suatu hari, sedang aku pandu kereta, aku terdengar satu iklan tentang Kelantan ni punyai orang orang baik, peramah dan segalanya yang baik lah.

jadi setiap malam lepas aku balik kerja, aku akan pergi beberapa tempat untung tahu rupa sebenar Kota Bharu.

sebab

aku tahu hidup di KB ni sebagai orang lokal atau tempat, lokal ni diperkenalkan pada zaman Tun Abdullah, dan satu lagi Glokal. dua perkataan baru pada zaman tu.

Jadi

aku bajet bajet sebagai orang luar lah walaupun plat kereta kepala D.

Pertama kali aku ke Jalan Gajah mati, aku beli coke dan minum di kaki lima tempat orang lalu lalang, ramai yang tegur, ramai juga yang tak peduli, bukan tu yang aku cari, aku cari masyarakat setempat. Jadi aku tengok seorang Mak Cik berbangsa Cina masuk ke 7/11. Beli mee segera. Dia tanya kepada penjual apa itu teknologi mee tarik yang mee segera tu war war kan. Sudah tentu lah pekerja tu xboleh nak jawab sebab kejadahnya mee segera ni guan teklogi mee tarik tapi yang menariknya penjual ni bergurau cakap mee ni dia tarik tarik sebelum dia keras jadi mee segera tu dan mak cik tu pun cakap tipu dan semua dalam 7/11 tu gelak.

Kedua aku ke satu kawasan Masjid Muhammadi, aku lepak kat situ aku terlihat seorang penjual karipap, karipap panas katanya. memang betul dia jual karipap panas sebab dia buat depan mata karipap tu dan goreng depan mata juga. Apa yang menarik penjual karipap ni suka berbual pasal kehidupan, katanya dulu tak kawen boleh kerja main main sebab duduk sorang2 sekarang dah kawen ada komitmen anak bini jadi kena bersungguh sungguh walauapun jual karipap. jual karipap halal dik dari kita jual karipap kat bukit bintang malam malam katanya. Lepas tu dia cakap suasana juga mempengaruhi kehidupan kita contohnya kita hidup di kawasan masjid kita dapat dengar ceramah agama walaupun tak duduk dalam masjid, bergaul orang yang baik baik, puntual semayang jemaah, jadi baik lah kita. kalau kita duduk dikota, lain lah jadinya.Keinginan tu pun lain juga.

Jadi

Aku rasa aku perlu korek lagi apa yang orang kelantan ni simpan yang tak nampak dimata rakyat malaysia kita ni,

 ni tak, cakap Kelanta terus kenal pasar Siti Khadijah, KB Mall, orang jatuh dalam KB Mall lah dan sebagainya.

Nak ditegaskan disini,

Orang Kota bharu ni memang PERAMAH.

Saturday, July 27, 2013

gembira

gembira ni subjektif,

saya lihat seorang ayah yang hanya ada basikal jea sebagai kenderaan,
satu hari saya lihat dia kayuh basikal dengan menuntun satu lagi basikal (korang boleh bayang mcamana),
muka dia nampak gembira, saya behenti kereta, tunggu dia lalu dan tanya, dia cakap basikal ni untuk anak dia, walaupun basikal terpakai, dia gembira sebab dia pasti anak dia pasti gembira dapat basikal. itu kita panggil gembira.

berdekatan tempat kerja saya ada seorang lelaki, kurang siuman perwatakan dia,
boleh kata dia akan bunyikan hon mcam di stadium tu untuk meriuhkan keadaan,
walaupun pelik tingkah laku, tapi gembira nya beliau, itu juga kita kata gembira.

kalau anda biasa lepak dikawasan kota bharu pada malam hari, tak kira mana mana kedai, anda pasti akan didatangi oleh seorang budak yang menjual kerepek,
menjaja lagaknya trapi lebih tepat kita katakan mencari rezeki halal,
kalau ada orang beli dia muka biasa biasa saja sebab tu rutin beliau,
selepas tu akan datang seorang mak cik dengan motosikal kelihatan gembira kerana dia tahu, dia dapat bgi belnja kepada anak anaknya esok pagi.itu juga kita panggil gembira.

begitu juga kalau kita bagi baju raya kepada orang anak anak orang kampung yang kurang berkemampuan, kita ayik menangis tak dapat baju raya atau beli lewat takut tak dapat baju, mereka redha, redha dengan rezeki yang ada. dapat baju raya.senyum lebar.itu gembira. bukan ank memperkecilkan atau mempersoalkan tugas ibu bapa mereka tapi kita kurangkan beban mereka.

gembira ni tak perlu masuk paper, tv adik kakak.. yang penting hati.. gembiranya kita sebab hati kita gembira.

Wednesday, June 5, 2013

Permulaan

Wujud seorang budak, nama w lah kita bayangkan, seorang loser, mencari identiti, terimut2 trend rakan sekolah, selalu berangan nak baarangan mahal walaupun tahu memang xmampu, hanya duduk dirumah kedai satu bilik dengn suasana penuh tegang setiap hari kerana terpaksa menipu kawan2 bahawa duduk di rumah besar katanya.mentaliti budak memang xberubah.

Satu hari w dapat nombor, nombor wanita x dikenali namanya kita sebut e, e ni susuknyer menarik, ramping  gebu tapi rebelious untuk umur 15 tahun, pakai singlet, seluar pendek ala2 hot pant, memang satu kejutan buat w dapat awek macam tu, tapi sayang hanya berhubung melalui fon, fon sapa w bedal? Fon ayah dia sampai bil talipon cecah 900 bulan2 tersebut.. ini cinta monyet.

E punyai sepupu, kita bagi nama em, oramgnya lemah lembut, gebu, cantik, manis, tapi masih lagi rebelious sbb budak2 lagikan..  sesiapa yang jumpa dia akan trus ingt dia sampai bila.. ni lah penangan em dekat semua org..

Bersambung..,..,......

Monday, May 13, 2013

sahabat

orang kata,

sahabat boleh gaduh dengan sebab yang remeh temeh,

aku kata,

mungkin,

ada juga sampai sekarang tak cakap cakap sampai 2 tahun

ni pula yang baru kenal.

sanagt bagus rasanya punyai sahabat,

sahabat baru kita cari, sahabat lama kita perkukuhkan,

tapi kalau tikam belakang,

kita cuba lah senyum.

mulut manis, perangai baik bak bunga melur mekar pun tak ada guna

kalau akar memburuk.

kita senyum sebab kita nak dia tahu niat baik kita.

Wednesday, May 8, 2013

PAGI

Pagi tadi aku naik bus, pukul 530 pagi,

Driver bus seorang indian, penumpangnya ada 3 kaum,

driver melayan semua penumpang dengan senyuman,

kelihatan seorang melayu hampir jatuh dan seorang chinese tolong pegangkan,

melayu tersebut senyum dan terima kasih,

semua orang dalam bas, senyum,

kelihatan mereka selesa dengan sikap yang sebegitu, saling tolong menolong dan senyum.

persoalanya,

kenapa wujud isu perkauman

adakah sebab kepentingan politik orang-orang tua yang mabuk politik?

atau pun kehendak rakyat yang berbilang kaum ni?

atau pun media yang suka manipulasikan rakyat?

jawapan aku, orang politik dan media yang terlalu taksub dengan agenda mereka

sehingga berani mengapi-apikan kita semua.

kita semua tak salah, tapi kita inginkan kehidupan yang harmoni,

tahun 90an abgi aku adalah kemuncak kerana media dilihat lebih menekan kan isu perpaduan kaum untuk hidup harmoni,

tapi sekrang dilihat lebih kepada agenda-agenda politik semasa sehingga sanggup memperjudikan keharmonian rakyat malaysia,

saya juga punyai kawan chinese dan indian tapi tak pernah pula kami rasa terasing,

kau melayu, kau cina, kau india,

tak pernah ada.

tak pernah ada

tak pernah ada

dan

tak pernah ada.

zaman Rasulullah dulu, banyak kaum yang hidup bersama, ada muhajirin, ansar, yahudi dan lain-lain

tapi mereka hidup harmoni,

kenapa kita lebih bimbangkan kehilangan hak sedangkan contoh terbesar ada di depan mata kita,

Contoh kepimpinan Nabi Muhammad,

dan mengapa pula pemimpin tak sanggup memerintah berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah,

Apa yang mereka inginkan dalam hal ni?

Tuesday, April 23, 2013

futsal

futsal satu permainan
passing, shooting,placing,cheating,skills,
semua ada

satu sepakan sepuluh tekanan hilang
satu pasing, 20 kelegaan
satu shooting, 30 kgembiraan
satu placing, 40 demdam hilang
satu cheating, 50 hilang tidak puas hati
dan satu skills, 60 kemaafan kepada semua

kenapa tak cukup 100,
sbab 100 tu hanya untuk kamu,
100 peratus sayang hanya untuk kamu.

Ya kamu,

selamat malam cinta

Sunday, April 21, 2013

10 benda

hari ni
bnda pertama aku pegang, jam tangan.
aku ingat kamu,

benda kedua aku pegang, telefon,
aku rindu kamu

bnda ketiga aku pegang, nota
aku mulai teringat kamu

benda kempat aku pegang, tuala
aku merintih kerinduan

benda keempat aku pegang, rokok
aku ingat kamu, aku buang

benda kelima aku pgang tombol pintu,
aku harap kamu di depan pintu

benda keenam aku pgang, paip air,
aku masih lagi ingat kamu

bnda ketujuh aku pegang, pakaian
aku harap kau pakaikan aku pakaian ku

benda kelapan aku pgang, gambar mu
aku sangat merindui kamu

benda kesembilan aku pgang, hadiah
hadiah yang ku harap dapat aku dapat bagi kamu

benda kesepuluh, pipi ku
untuk sapu air mata kerinduan aku pada mu

Thursday, April 11, 2013

bagaimana jadi partner sporting

semua orang inginkan pasangan sporting tapi bagaimana? nah kita cuba tips2 berguna uang mampu jadikan anda pasangan sporting habis hingga makhluk asing di penghujung galaksi bimasakti pun tabik sama line dengn kening brooo.

1. kau biar jea dia buat apa dia suka, dia jak buat apa kau biar jea, kuar ngn laki lain ke ,perempuan lain ke,
2. dia nak kuar 2 3 4 pagi pun kau layan jea, join kawan pun kau kena percaya
3. kuar 5 kali seminggu pun xapa dengn orang sama
4. erti persabahatan dengn lelaki atau perempuan lain jangan kau sangkalkan
5. dia msg dengn org lain, begayut dengn org lain pun kau lek jea..
6. dia tipu pun kau terima jea
7. dia tuduh kau bukan2 pun kau terima lah
8. dia sedih, kau buat lah dia gembira
9. kau rasa dia bebas, adatlah hidup dibandar, mana best kalau xkeluar malam balik subuh, bru kl beb
10. kalau dia kata kawan, kawan lah maksud dia..

ha, ni sedikit sebnyak aku boleh share lepas aku baca buku, tengok drama tv2, cerita siam sikit, tamil xde, maybe lah citer obersea sikit. ni bru bercinta cara mat saleh broo







Monday, April 1, 2013

selamat tinggal

kamu,
hilangmu tanpa slamat tinggal,
tanpa mlihat wajah sayu mu,
tak dapat ku selami drita mu
tanpa aku dengar suara serak mu
tak ku fahami isi hati mu
tanpa kcapi impian,
tak ku mngerti isi hati sendiri.
tanpa ku beri penghargaan,
tak kupenuhi impian mu

maaf, aku xdapat habiskan ayat-ayat yang panjang yang ku ingin luahkan kerana papan kkunci ku basah dngan air mata sendiri yang aku seendiri tahu tak dapat mnjelaskan kekesalan ku.

maaf

Tuesday, February 19, 2013

morlboro

hembusan morlboro keudara,
bersepah menusuk hidung,

tak ku peduli perasaan insan lain,
kebencian yang menganggu,

benci tidak tergugat,
keluh hati paling dalam,

hati hancur berharap,
berharap pada sinar purnama,

ingin ku dekat,
bersama wahai hati mu,

resah jiwa kutakuti,
mahu mu bersama ku.

Sunday, February 3, 2013

bagaimana ....

timbul persoalan
bgaimana untuk tidak menceburkan diri daripada di tackle gadis

cantik, ayu, beragama, baik, hormat orang tua
ni lebih kurang lah ciri-ciri orang nak cari bini

tapi anda sudah berpunya dan tak berhasrat nak bermain madu api sandiwara bersama teman anda.
jadi natijah memang kita tak boleh nak suka orang tu yang mempunyai ciri-ciri yang disebut diatas

bagaimana nak elak?

maybe kita berterus terang, berterus terang benda yang betul , bukan berterus terang benda tipu kata single dan masih mencari jodoh

camana kalau tak jadi?

maybe kita boleh buat-buat tak tahu, phone tak payah angkat, buat-buat tak bals mesej dan sebagainya,

tak jadi juga?

mungkin boleh berkawan saja, kawan ja,

kalau tak jadi juga? apa nak buat,?

tu tuhan suruh bermadu lah tu.
rezeki jangan tolak pandai cover.

Tuesday, January 15, 2013

rahsia

rindu
rindu bayangan peluk mu
kasih
kasih sayangku pada hati mu
cinta
cintakan seluruh pelusuk hati sanubari mu
gila
gilakan suara merdu mu
gatal
gatal rasa hati untuk menyentuh mu
kekal
kekal lah bersama ku
tatap
tatap perasaan berahi cinta ku
hangat
hangatkan api cinta ku
wangi
wangi cinta kita sebarkan dari dalam diri ku
main
main main lah dengan rahsia hati ku
mengantuk
mengantuk aku nak tido sekarang.