Saturday, July 27, 2013

gembira

gembira ni subjektif,

saya lihat seorang ayah yang hanya ada basikal jea sebagai kenderaan,
satu hari saya lihat dia kayuh basikal dengan menuntun satu lagi basikal (korang boleh bayang mcamana),
muka dia nampak gembira, saya behenti kereta, tunggu dia lalu dan tanya, dia cakap basikal ni untuk anak dia, walaupun basikal terpakai, dia gembira sebab dia pasti anak dia pasti gembira dapat basikal. itu kita panggil gembira.

berdekatan tempat kerja saya ada seorang lelaki, kurang siuman perwatakan dia,
boleh kata dia akan bunyikan hon mcam di stadium tu untuk meriuhkan keadaan,
walaupun pelik tingkah laku, tapi gembira nya beliau, itu juga kita kata gembira.

kalau anda biasa lepak dikawasan kota bharu pada malam hari, tak kira mana mana kedai, anda pasti akan didatangi oleh seorang budak yang menjual kerepek,
menjaja lagaknya trapi lebih tepat kita katakan mencari rezeki halal,
kalau ada orang beli dia muka biasa biasa saja sebab tu rutin beliau,
selepas tu akan datang seorang mak cik dengan motosikal kelihatan gembira kerana dia tahu, dia dapat bgi belnja kepada anak anaknya esok pagi.itu juga kita panggil gembira.

begitu juga kalau kita bagi baju raya kepada orang anak anak orang kampung yang kurang berkemampuan, kita ayik menangis tak dapat baju raya atau beli lewat takut tak dapat baju, mereka redha, redha dengan rezeki yang ada. dapat baju raya.senyum lebar.itu gembira. bukan ank memperkecilkan atau mempersoalkan tugas ibu bapa mereka tapi kita kurangkan beban mereka.

gembira ni tak perlu masuk paper, tv adik kakak.. yang penting hati.. gembiranya kita sebab hati kita gembira.

Wednesday, June 5, 2013

Permulaan

Wujud seorang budak, nama w lah kita bayangkan, seorang loser, mencari identiti, terimut2 trend rakan sekolah, selalu berangan nak baarangan mahal walaupun tahu memang xmampu, hanya duduk dirumah kedai satu bilik dengn suasana penuh tegang setiap hari kerana terpaksa menipu kawan2 bahawa duduk di rumah besar katanya.mentaliti budak memang xberubah.

Satu hari w dapat nombor, nombor wanita x dikenali namanya kita sebut e, e ni susuknyer menarik, ramping  gebu tapi rebelious untuk umur 15 tahun, pakai singlet, seluar pendek ala2 hot pant, memang satu kejutan buat w dapat awek macam tu, tapi sayang hanya berhubung melalui fon, fon sapa w bedal? Fon ayah dia sampai bil talipon cecah 900 bulan2 tersebut.. ini cinta monyet.

E punyai sepupu, kita bagi nama em, oramgnya lemah lembut, gebu, cantik, manis, tapi masih lagi rebelious sbb budak2 lagikan..  sesiapa yang jumpa dia akan trus ingt dia sampai bila.. ni lah penangan em dekat semua org..

Bersambung..,..,......

Monday, May 13, 2013

sahabat

orang kata,

sahabat boleh gaduh dengan sebab yang remeh temeh,

aku kata,

mungkin,

ada juga sampai sekarang tak cakap cakap sampai 2 tahun

ni pula yang baru kenal.

sanagt bagus rasanya punyai sahabat,

sahabat baru kita cari, sahabat lama kita perkukuhkan,

tapi kalau tikam belakang,

kita cuba lah senyum.

mulut manis, perangai baik bak bunga melur mekar pun tak ada guna

kalau akar memburuk.

kita senyum sebab kita nak dia tahu niat baik kita.

Wednesday, May 8, 2013

PAGI

Pagi tadi aku naik bus, pukul 530 pagi,

Driver bus seorang indian, penumpangnya ada 3 kaum,

driver melayan semua penumpang dengan senyuman,

kelihatan seorang melayu hampir jatuh dan seorang chinese tolong pegangkan,

melayu tersebut senyum dan terima kasih,

semua orang dalam bas, senyum,

kelihatan mereka selesa dengan sikap yang sebegitu, saling tolong menolong dan senyum.

persoalanya,

kenapa wujud isu perkauman

adakah sebab kepentingan politik orang-orang tua yang mabuk politik?

atau pun kehendak rakyat yang berbilang kaum ni?

atau pun media yang suka manipulasikan rakyat?

jawapan aku, orang politik dan media yang terlalu taksub dengan agenda mereka

sehingga berani mengapi-apikan kita semua.

kita semua tak salah, tapi kita inginkan kehidupan yang harmoni,

tahun 90an abgi aku adalah kemuncak kerana media dilihat lebih menekan kan isu perpaduan kaum untuk hidup harmoni,

tapi sekrang dilihat lebih kepada agenda-agenda politik semasa sehingga sanggup memperjudikan keharmonian rakyat malaysia,

saya juga punyai kawan chinese dan indian tapi tak pernah pula kami rasa terasing,

kau melayu, kau cina, kau india,

tak pernah ada.

tak pernah ada

tak pernah ada

dan

tak pernah ada.

zaman Rasulullah dulu, banyak kaum yang hidup bersama, ada muhajirin, ansar, yahudi dan lain-lain

tapi mereka hidup harmoni,

kenapa kita lebih bimbangkan kehilangan hak sedangkan contoh terbesar ada di depan mata kita,

Contoh kepimpinan Nabi Muhammad,

dan mengapa pula pemimpin tak sanggup memerintah berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah,

Apa yang mereka inginkan dalam hal ni?

Tuesday, April 23, 2013

futsal

futsal satu permainan
passing, shooting,placing,cheating,skills,
semua ada

satu sepakan sepuluh tekanan hilang
satu pasing, 20 kelegaan
satu shooting, 30 kgembiraan
satu placing, 40 demdam hilang
satu cheating, 50 hilang tidak puas hati
dan satu skills, 60 kemaafan kepada semua

kenapa tak cukup 100,
sbab 100 tu hanya untuk kamu,
100 peratus sayang hanya untuk kamu.

Ya kamu,

selamat malam cinta

Sunday, April 21, 2013

10 benda

hari ni
bnda pertama aku pegang, jam tangan.
aku ingat kamu,

benda kedua aku pegang, telefon,
aku rindu kamu

bnda ketiga aku pegang, nota
aku mulai teringat kamu

benda kempat aku pegang, tuala
aku merintih kerinduan

benda keempat aku pegang, rokok
aku ingat kamu, aku buang

benda kelima aku pgang tombol pintu,
aku harap kamu di depan pintu

benda keenam aku pgang, paip air,
aku masih lagi ingat kamu

bnda ketujuh aku pegang, pakaian
aku harap kau pakaikan aku pakaian ku

benda kelapan aku pgang, gambar mu
aku sangat merindui kamu

benda kesembilan aku pgang, hadiah
hadiah yang ku harap dapat aku dapat bagi kamu

benda kesepuluh, pipi ku
untuk sapu air mata kerinduan aku pada mu

Thursday, April 11, 2013

bagaimana jadi partner sporting

semua orang inginkan pasangan sporting tapi bagaimana? nah kita cuba tips2 berguna uang mampu jadikan anda pasangan sporting habis hingga makhluk asing di penghujung galaksi bimasakti pun tabik sama line dengn kening brooo.

1. kau biar jea dia buat apa dia suka, dia jak buat apa kau biar jea, kuar ngn laki lain ke ,perempuan lain ke,
2. dia nak kuar 2 3 4 pagi pun kau layan jea, join kawan pun kau kena percaya
3. kuar 5 kali seminggu pun xapa dengn orang sama
4. erti persabahatan dengn lelaki atau perempuan lain jangan kau sangkalkan
5. dia msg dengn org lain, begayut dengn org lain pun kau lek jea..
6. dia tipu pun kau terima jea
7. dia tuduh kau bukan2 pun kau terima lah
8. dia sedih, kau buat lah dia gembira
9. kau rasa dia bebas, adatlah hidup dibandar, mana best kalau xkeluar malam balik subuh, bru kl beb
10. kalau dia kata kawan, kawan lah maksud dia..

ha, ni sedikit sebnyak aku boleh share lepas aku baca buku, tengok drama tv2, cerita siam sikit, tamil xde, maybe lah citer obersea sikit. ni bru bercinta cara mat saleh broo







Monday, April 1, 2013

selamat tinggal

kamu,
hilangmu tanpa slamat tinggal,
tanpa mlihat wajah sayu mu,
tak dapat ku selami drita mu
tanpa aku dengar suara serak mu
tak ku fahami isi hati mu
tanpa kcapi impian,
tak ku mngerti isi hati sendiri.
tanpa ku beri penghargaan,
tak kupenuhi impian mu

maaf, aku xdapat habiskan ayat-ayat yang panjang yang ku ingin luahkan kerana papan kkunci ku basah dngan air mata sendiri yang aku seendiri tahu tak dapat mnjelaskan kekesalan ku.

maaf

Tuesday, February 19, 2013

morlboro

hembusan morlboro keudara,
bersepah menusuk hidung,

tak ku peduli perasaan insan lain,
kebencian yang menganggu,

benci tidak tergugat,
keluh hati paling dalam,

hati hancur berharap,
berharap pada sinar purnama,

ingin ku dekat,
bersama wahai hati mu,

resah jiwa kutakuti,
mahu mu bersama ku.

Sunday, February 3, 2013

bagaimana ....

timbul persoalan
bgaimana untuk tidak menceburkan diri daripada di tackle gadis

cantik, ayu, beragama, baik, hormat orang tua
ni lebih kurang lah ciri-ciri orang nak cari bini

tapi anda sudah berpunya dan tak berhasrat nak bermain madu api sandiwara bersama teman anda.
jadi natijah memang kita tak boleh nak suka orang tu yang mempunyai ciri-ciri yang disebut diatas

bagaimana nak elak?

maybe kita berterus terang, berterus terang benda yang betul , bukan berterus terang benda tipu kata single dan masih mencari jodoh

camana kalau tak jadi?

maybe kita boleh buat-buat tak tahu, phone tak payah angkat, buat-buat tak bals mesej dan sebagainya,

tak jadi juga?

mungkin boleh berkawan saja, kawan ja,

kalau tak jadi juga? apa nak buat,?

tu tuhan suruh bermadu lah tu.
rezeki jangan tolak pandai cover.

Tuesday, January 15, 2013

rahsia

rindu
rindu bayangan peluk mu
kasih
kasih sayangku pada hati mu
cinta
cintakan seluruh pelusuk hati sanubari mu
gila
gilakan suara merdu mu
gatal
gatal rasa hati untuk menyentuh mu
kekal
kekal lah bersama ku
tatap
tatap perasaan berahi cinta ku
hangat
hangatkan api cinta ku
wangi
wangi cinta kita sebarkan dari dalam diri ku
main
main main lah dengan rahsia hati ku
mengantuk
mengantuk aku nak tido sekarang.

Sunday, January 13, 2013

cinta

sayang dan cinta itu satu azimat yang dimiliki oleh semua
wira yang sebenar ialah seseorang yang mampu membawa keamanan dengan sayang dan cinta yang dimiliki
kagum melihat dua cinta bergabung menjadi satu hati yang tulus dan suci untuk bersama
kita? kita hanya mampu berusaha, berusaha untuk dicintai 
mana mungkin cinta dan sayang itu boleh dipaksa
dipaksa bersama
walaupun tubuh bergabung tapi hati tetap tidak akan bersatu
seksaan rohani menahan sabar
kejarlah cinta dan syang yang tulus suci
kerana kita dicipta berpasangan
bagaimana untuk aku rangkul hati mu untuk bersama ku?  

 
 
 
 

Friday, January 11, 2013

#2

apa beza nota dan buku yang selalu aku baca. baca buku membuatkan aku lebih nak tahu apa yang terjadi, baca nota membuatkan aku lebih nak tahu macamana enaknya tidur malam exam.

tidur malam exam buat aku lebih nak tahu macamana perasaan jawab exam tanpa ilmu didada di meha exam seluas sekangkang kera pusaka unit peperikasaan tempat aku belajar.

lepas tu aku ingin tahu perasaan lepas jawab exam dengan kondisi sebegitu.

lepas tu aku nak macamana bodoh nya aku.

tapi

aku juga nak tahu macamana masuk exam dengan ilmu pernuh didada tanpa perlu ajak toyol.

nak tahu juga gembiiranya dapat jawab exam

dan gembira nya dapat kahwen. ha?

Wednesday, January 9, 2013

#1

aku juga ingin merasa nikmatnya cinta mcam orang lain tapi kenapa aku tak layak untuk semua tu? apa salah ku, apa silap ku.

Tuesday, January 8, 2013

#2 perempuan

perempuan da terang - terang tak boleh kawen dua,
ni pula jadikan alasan jatuh hati dua dua
apakah ini perangainya sebenar perempuan ??


Sunday, January 6, 2013

Tersisih

Pernah kah kita terfikir bahawa banyak lagi aspek yang kita sisihkan dalam kehidupan seharian kita tidak termasuk tuntutan kesatuan pekerja terhadap kebajikan pekerja, penipuan2 ahli2 politik untuk mengukuhkan kedudukan mereka, gesaan untuk membantu golongan ibu tunggal, dan sebagainya.

Kita pernah terfikir berapa ramai remaja2 yang drop atau berhenti sekolah akibat putus asa, tiada dorongan, memberontak, diabaikan, dan keinginan untuk bekerja. Sapa yang bertanggungjawab? Dah tentu mak ayah tapi kalau mak ayah dah meninggal? Mestilah adik beradik tapi kalau adik beradik pun 2 kali 5, kita ni lah yang bertanggungjawab. Tak ada ke ngo2 bagai, kementerian yang sanggup turun padang tentang isu, dari duk bising politik baik tolong anak anak benih malaysia yang akan menggerakan negara lepas ni, merrka2 ni kalau digilap dapat juga jadi tenaga buruh mahir dari korang duk kata keperluan tenaga buruh xmencukupi, lepas tu tanam sikap streotype kat rakyat sendiri yang orang malaysia ni nak kerja high class ja.

Ni satu lagi cerita mak ayah guna anak pergi jual2 barang kerepek ke, nasi lepak le, apa2 je lah. Sebenarnya itu okay sebab menolong mak ayah meringankan beban mereka. Yang xokaynya ialah bila guna anak umur tak masuk tadika lagi pergi jual2, pkul 12 malam dalam hujan pula tu, mak ayah jenis apa ni?????