Sunday, December 23, 2012

perempuan

dari dulu lagi perempuan ni banyak memberi impak dalam ketamadunan manusia, sejak bila? sejak nabi adam lagi. kalau xada hawa tak berzuriat mereka dan tak ada lah kita. inilah fakta yang orang golongan sejenis tak faham ni, cinta tu wujud sebab ingin meneruskan keturunan kita yang bertindak sebagai khalifah bumi ni buakn cinta sebagai pemuas nafsu serakah, tak kira lah lelaki suka lelaki ke, perempuan suka perempuan ke, dua dua boleh ke, mahupun yang tak bengkok ni.

sebab apa berlaku nya macam ni (gaya khutbah jumaat)

sebab kita ni tak sedarkan diri, buakn golongan ni lah, semua manusia yang tak sedar diri ni masih tak faham apa peranan mereka di muka bumi ni.

berbalik kita kepada perempuan, perempuan ni buakn tempat dijadikan hamba, pembancuh teh, pemuas nafsu serakah, pengurus peribadi tak berbayar, dan sebagai nya. kalau zaman dahulu perempuan ni memang tak ada harga lah orang kata dan mereka dengan streotypenya pada ketika itu merela keadaan jadi begitu dan oleh sebab itu sistem patriaki masih wujud hingga sekrang walaupun wujudnya kementerian yang wujudnya dikatakan membela wanita lah katanya.

jadi sebagai lelaki, kita ni jangan duk songsang sebab ada perempuan yang menunggu kita sejak lahir lagi jodoh tuhan bagi. perempuan ni tempat kita lahirkan rasa cinta, berkongsi hidup, berkongsi masalh, temapt bergaduh manja dan juga pengerat kepada dua buah keluarga yang tak pernah kenal lah sebelum ni yakni besan.

jadi sama sama lah kita menjaga hak golongan wanita ini, pesanan kepada lelaki dan perempuan jangan duk jual mahal sangat ngan lelaki yang suka kamu tu sebab nanti lelaki tu songsang kau juga yang hina.

Saturday, December 22, 2012

mata-mata

dulu-dulu masa sekolah memang rebel tapi berpelajaran tahap budak sekolah lah masa tu. pakai baju sekolah nak fit, seluar nak nak kemas jea gaya koporat budak sekolah, lencana dijahit rapi, baju digosok sampai yang lipatan tu boleh belah timun gayanya, kasut nak berjenama gaya pengawas sekolah, rambut serabut gaya yakuza jepun, menampakan lagi ciri-ciri senior hebat, paw kerepok ngan air budak pompuan masa rehat kat kantin dengan itu duit dua ringgit bekal sekolah boleh simpan makan lunch mee celup belakang sekolah dan rokok dunhill sebatang.

tanpa disedari kami diperhatikan oleh seseorang..

beliau bertindak pada suatu malam ketika kami makan roti canai depan sekolah dan berkata,

'dengan ciri-ciri yang kamu ada, saya lantik kamu jadi mata-mata saya'

who the hell are you to make us as ur mata-mata, kata kami dalam hati. gila lelaki ini kata kami terang-terangan.

dan selpas itu, kami terus paw kerepok dan minuman kat kantin sekolah tanpa teringat kejadian itu..


Thursday, December 20, 2012

kau

kau keanak-anakan,
kau berterus terang
kau clumsy
kau banyak cakap
kau selalu happy
kau rindu aku
kau suka aku


Wednesday, December 19, 2012

balik

minggu depan nak balik kampung, jumpa isteri.

isteri nanti ada kat kampung.

apa lagi yang ada kat kampung?

makanan enak!!!

Monday, December 17, 2012

cerita tak ada subjek

kisah ini diceritakan anak mak kepada saya,

pada malam raya selepas saya balik kerja, selepas beli bunga api, selepas beli pelita plastik pakai buang sekali guna, selepas beli minyak tanah, selepas bercakap dengan bidadari hati dan selepas tunggu habis kerja 12 jam,

saya kedapur mencari emak, memberi tahu perihal strategi nak main bunga api depan rumah sendiri untuk mengelak dari adik adik mengacau mak buah kuih dan juga biskut raya. belinya dua kotak bunga api yang sememangnya aku silap beli sebab si Ajis yang inginkan keuntungan dari hasil jualan bunga api yang mendadak harapanya, mintak bunga api batang merah tapi dapat bunga api macam tiang bunga rampai. ala yang warna warni tu.



lepas isyak terus adik-adik aku korek bag aku jumpa bunga api tu, terus mintak nak main, pada awal kelihatan strategi telah gagal dengan berjayanya tapi aku buat-buat muka garang kata bunga api tu boleh kasi putus jari, kalau putus jari, aku kahwinkan adik aku dengan hantaran 5k jea. kalau adik laki aku cakap putus jari tengah nanti kalau gaduh kau nak tunjuk jari mana lagi kalau marah. langsung percaya beliau-beliau.

selepas mak mula buat biskut baru lah aku bagi main, lepas tu cakap abang tipu jea,

remove friends fesbuk

(irama cinta muka buku)

kau remove fb dalm akaun fesbuk mu,
tanpa ku duga ku perasan,

oooooooo,

lepas ni kau add balik aku buat xtahu,

oooooo,

korus : remove lagi, remove lagi, remove lagi

apa salah ku aku nak tag kau xboleh,

ooooooo,

padan muka kau lepas ni aku buat xtahu,

oooooo

apa status persahabatan kita ni?

ooooooo

korus : remove lagi, remove lagi, remove lagi




Saturday, December 15, 2012

Lelaki

Saya LELAKI, gender paling berkuasa dalam ketegori gender dalam segenap alam bumi.

kekuatan saya pelbagai dan yang paling wanita lihat ialah agama kalau wanita solehah. duit kalau dipandang wanita mata kcing2. tubuh sasa kalau dari pandangan mata wanita naif. umur kalau wanita yang inginkan belaian dari berpengalaman, dan semua diatas kalau wanita itu perfectionist tapi mana nak jumpa kan di zaman lantai tar , udara air cond, berkenderaan besi dan telepon pegang ditangan 24 jam ni.

Kelemahan saya ialah kalau zaman dahulu kala wanita, arak dan kuasa. tu dulu la, kenapa wanita? sebab greek jatuh sebab wanita, nama ntah apa wanita tu tak ingat. alexander jatuh sebab sakit tapi paling nyata duk minum arak. kuasa pula boleh kita lihat zaman Melaka yang orang tak habis-habis dengki sebab kuasa.
Tapi kena ingat juga sebab lelaki sekrang jatuh sebab apa? sebab main ym sampai sanggup bayar topup nak tengok orang bogel, ym dulu ingt tempat mengorat sekrang jadi tempat melacur pula, lepas tu, nak ada awek tak sama taraf, makan ngan kawan pun kedai warung, bawa awek makan kat kedai jual stick harga rm 400 sepinggan, tak padan bai.

tapi

Lelaki tak ada kelemaha dan kekuatan bila jadi PONDAN a.k.a SHEMALE a.k.a lelaki separa perempuan.

Monday, October 8, 2012

dugaan

Hidup ini penuh dugaan, dugaan dimana kita diuji, tapi bagi aku dugaan itu satu lumrah hidup unutk mengajar kita untuk meneruskan suvival hidup, betol lah orang cakap tuhan tak bagi kita dugaan yang tak mampu kita hadapai kecuali mati, mati tak boleh kita lambatkan atau pun cepatkan.

 Apa yang kita perlu buat semasa menghadapi dugaan ini ialah keep calm atau orang cakap tenang, buat ia mcam tak ada masalah dan keep thinking about the solution bukan melalak menangis cakap putus asa, itu namanya bullshit.

 Kadang-kadang dugaan tu bukan melibatkan diri kita sendiri, ada ketika, ianya melibatkan orang sekeliling kita dan ada ketikanya hubungan dengan orang sekeliling memang musnah buat sementara.

 Please follow the trend dimana kita ikut keadaan semasa, ambil masa untuk reda dan buang ego yang ada dan senyum.

 Walaupun reputasi sedikit tercalar atau pun terus tercalar, tapi kawan tu juga kita pernah senyum, gelak dan juga menangis.

Bagi aku, aku rindu dengan kawan-kawan dan ada juga yang masih dalam proses pemulihan hubungan, sebab dalam komuniti tak kan lah nak masam muka jea kan. release ur ego dan make friend again.

 Tak salah kan.

'True friends stab you in the front'
                                      katanya Oscar Wilde.


selamat malam

Sunday, September 2, 2012

nyaman

pernah kah anda terjumpa kawasan sungai yang cetek,
paras buku lali airnya,
sejuk damai
air yang jernih
pasir yang bersih dan anda terus baring yang paras airnya tak menjengah telinga anda
dan semasa baring
anda terlihat pokok-pokok yang kininya semakin pupus tapi cantik dipelihara
awan yang bergerak ke kanan anda
sejuk belakang anda kerana air sungai
pernah kah anda
jika pernah,
sama-sama kita pelihara khazanah flora dan juga fauna agar di mamah manusia
untuk kita sendiri
untuk anak kita
untuk keturunan kita

Tuesday, July 10, 2012

Anak Din Biola

Pada suatu hari saya jalan-jalan kesana ke mari tak ada hala tuju kata orang tua, dalam hati mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti, adakah ganja, adakah rokok adakah Maimon anak Pak Dollah, mencari dan terus mencari terjumpa dua orang pelik yang ku anggap sebagai penyelamatan dunia aku di dunia fana ini.

Sorang bersifat dominan dan sangat yakin dengan setiap kuputusan. Boleh kata apa yang dia buat menjadi lah tapi ku lihat beliau menggunakan pelbagai cara untuk terus berjaya, orang politik kata menghalalkan apa yang tak patut dan menghalalkan apa yang dah halal. Menggunakan teknik torehan ikan hering, eh bukan teknik tu. teknik berkomplot dengan pelbagai kelompok manusia untuk terus berjaya.

Sorang lagi bersifat lebih lembut untuk mendekati aku, gaya percakapan menyakinkan aku, berkopiah menunjukan beliau seorang yang boleh dipercayai, peluk aku untuk menenangkan aku tapi bukan pelukan lelaki sama lelaki yang bernafsu. bukan keran aku bukan lah kalangan yang bernafsu terhadap sentuhan lelaki. tapi aku menepis pelukan tersebut kerana niatku hanya mencari sang penyelamat yang dapat membawa ku selamat di dunia ini.

Aku keliru untuk meminta pertolongan dari kedua orang ini terlalu pelik bagi ku untuk terus berfikir tentang mereka ini kerana dilihat sebagai satu mainan hidup yang mengeksploitasi minda orang yang seperti aku ini.

Tiba-tiba aku nampak dari celahan mereka berdua terdapat ramai orang yang mimik muka macam aku, wajah keliru macam aku, hati dan perasaan macam aku. aku pilih mereka.

Kenapa aku pilih mereka

Kerana mereka ada lah rakyat. rakayat yang berusaha untuk terus hidup tanpa dieksploitasi oleh mereka-mereka (parti politik) untuk terus berkuasa.

Persetankan apa yang mereka canangkan, dua belah pihak memang aku tak percaya. Bagi lah aku duit pompuan, gadis-gadis meleis yang cantik dan sunti tak pernah disentuh lelaki bagai. Aku tak terima yang aku terima ialah keadilan dan ketelusan sejati yang aku cari. Aku yakin suara rakyat lebih padu dan lebih kuat dari ceramah-ceramah politik yang aku lihat sebagai nyanyian politik yang bodoh.

Kata Anak Din Biola kepada saya.

Monday, July 9, 2012

Dunhil

Hello,
Nama saya Dunhill, punyai 20 orang adik beradik dan saya yang paling sulung sebab saya yang keluar dulu dari kotak merah berlambangkan Dunhill dengan teknologi reloc yang membuatkan kami selesa tanpa masuk angin dalam kotak tu sebelum lahir.

Hidup saya sekejap jea, lebih kurang 2 bulan dalam kotak dan bila lahir jea hidup dalam masa 5minit je. Sekejap jea, dalam masa 5 minit tu saya sangat dikeji oleh orang yang punyai sikap pesimis yang menanam dalam diri tu hanya orang macam saya jea yang memudaratkan diri mereka. Sikap ini bagi ahli keluarga dan kerabat handai saya sebagai satu "choi !!!" yang mendalam.

Hidup saya membebaskan asap yang menyelinap ke segenap tubuh tuan saya, masuk menyegarkan tempat-tempat yang dapat ku celahi. ku gagahi masuk ke dalam otak membiarkan nikotin melekat kedalam tubuh tuan aku. Membiarkan nikotin itu sebati ada lah satu yang mudah agar terus setia bersama ku.

Kubiarkan tubuh ini nikmat bersenggama dengan aku dengan rasa yang boleh mengstimkan mata.

Aku hanya punyai masa 5 minit,sangat singkat bagi ku tapi dengan latihan yang bermula dari zaman British lagi dengan lahirnya candu yang melalaikan segenap pelusuk orang Asia pada ketika itu, itu lah latihan jalanan pertama ku lebih kurang.

Ku ukirkan nikmat bagi pengguna ku tapi ku ciptakan kebencian bagi orang yang meluat dengan kehadiran ku.

Bagi mereka asap bas berkepul hitam legam itu lebih bersih dari asapa putih jernih yang ku lepaskan.

nasib ku sebagai seorang Dunhill, seniman jalanan yang mencipta nikmat tanpa batasan.

tapi ditubuhku ada tatu " Rokok boleh membahayakan KESIHATAN"

cerita Dunhill kepada saya.

Sunday, July 8, 2012

Suria

Nama saya Suria, kenapa Suria sebab mak saya cakap Suria boleh menerangi segenap pelusuk alam begitu juga dengan saya dimana mak saya berharap saya dapat menerangi kehidupan semua orang dengan cara saya sendiri.

Memang ditakdirkan saya menerangi hidup orang lain. memang ianya satu takdir yang diharapkan oleh kedua ibu bapa saya. Saya memberi harapan kepada semua orang bahawa terdapatnya jalan unutk segala masalah mereka. saya sinarkan hidup mereka dengan berkat dan hijab nama saya.

Tak kurang juga yang selalu salah anggap terhadap cahaya yang saya berikan. cahaya yang saya terangi selalu diputar alam kepada cinta, rasa kasih. itu menjadi permasalah dalam benak hati kabur saya. suria bukan untuk cinta,suria untuk menolong orang bukannya disalah anggap dan dipermainkan perasaan hati selembut kulit telur ini.

Ditabahkan hati juga untuk terus berjuang kata hati saya, banyak lagi kehidupan yang perlu di beri pencahayaan termasuk juga hidupan bukan manusia seperti pokok untuk mereka meneruskan hasrat untuk melakukan fotosintesis.

akhirnya, menjadi lumrah bagi sang penyinar, walaupun bersinar tapi dibelakangnya sangat rapuh, tidak ada penyokong.yang ada cuma Sang Pencipta,mak ayah dan sang bulan. Mereka menjadi tulang belakang yang teguh dan kuat. ibarat putaran alam.

Cerita suria kepada saya.

Monday, June 25, 2012

rindu

aku rindu
rindu kepada
kepada seseorang
tapi
terdapat halangan
halangan yang kurang enak
buatku
ingin membuktikan
kesetianan ku
kepada mu.
itu saja

Friday, June 22, 2012

normal

kadang-kadang aku terfikir juga unutk hidup normal maca  orang lain yang xada masalah..tetapi masalahnya aku sentiasa ada masalah,walaupun nampak enjoy dalam kepala tetap bermasalah. apa yang xkena dalam hidup ni..apa? itu menjadi persoalan,ak kadang pening dengn penilain diri aku sendiri..please oh Ya Allah, give me strength to find the way to your Hidayah.

Wednesday, June 6, 2012

keliru

keliru bila menantikan masa depan kehidupan,
sangat keliru bila ianya diisi denganpelbagai konflik
setiap dari tubuh badan masih keliru bila melihat suasana dunia
manakah penyelesaian bagi semua konflik ini
menjadi di kiri, dikanan tidak terjaga
alangkah baik bila diri ku boleh dibahagi untuk semua orang memerlukan
aku amat berharap, supaya keliru ini menjadi penyelesaian untuk aku terus
terus mencari kebenaran
mendekatkan diri dengan Sang Pencipta
Sang Pencipta yang melihat aku
melihat aku tersesat dalam perjalanan mencari Nya
ku harap panduan dari Nya
memimpin aku untuk mengatasi semua kekeliruan ini.