Wednesday, June 5, 2013

Permulaan

Wujud seorang budak, nama w lah kita bayangkan, seorang loser, mencari identiti, terimut2 trend rakan sekolah, selalu berangan nak baarangan mahal walaupun tahu memang xmampu, hanya duduk dirumah kedai satu bilik dengn suasana penuh tegang setiap hari kerana terpaksa menipu kawan2 bahawa duduk di rumah besar katanya.mentaliti budak memang xberubah.

Satu hari w dapat nombor, nombor wanita x dikenali namanya kita sebut e, e ni susuknyer menarik, ramping  gebu tapi rebelious untuk umur 15 tahun, pakai singlet, seluar pendek ala2 hot pant, memang satu kejutan buat w dapat awek macam tu, tapi sayang hanya berhubung melalui fon, fon sapa w bedal? Fon ayah dia sampai bil talipon cecah 900 bulan2 tersebut.. ini cinta monyet.

E punyai sepupu, kita bagi nama em, oramgnya lemah lembut, gebu, cantik, manis, tapi masih lagi rebelious sbb budak2 lagikan..  sesiapa yang jumpa dia akan trus ingt dia sampai bila.. ni lah penangan em dekat semua org..

Bersambung..,..,......

Monday, May 13, 2013

sahabat

orang kata,

sahabat boleh gaduh dengan sebab yang remeh temeh,

aku kata,

mungkin,

ada juga sampai sekarang tak cakap cakap sampai 2 tahun

ni pula yang baru kenal.

sanagt bagus rasanya punyai sahabat,

sahabat baru kita cari, sahabat lama kita perkukuhkan,

tapi kalau tikam belakang,

kita cuba lah senyum.

mulut manis, perangai baik bak bunga melur mekar pun tak ada guna

kalau akar memburuk.

kita senyum sebab kita nak dia tahu niat baik kita.

Wednesday, May 8, 2013

PAGI

Pagi tadi aku naik bus, pukul 530 pagi,

Driver bus seorang indian, penumpangnya ada 3 kaum,

driver melayan semua penumpang dengan senyuman,

kelihatan seorang melayu hampir jatuh dan seorang chinese tolong pegangkan,

melayu tersebut senyum dan terima kasih,

semua orang dalam bas, senyum,

kelihatan mereka selesa dengan sikap yang sebegitu, saling tolong menolong dan senyum.

persoalanya,

kenapa wujud isu perkauman

adakah sebab kepentingan politik orang-orang tua yang mabuk politik?

atau pun kehendak rakyat yang berbilang kaum ni?

atau pun media yang suka manipulasikan rakyat?

jawapan aku, orang politik dan media yang terlalu taksub dengan agenda mereka

sehingga berani mengapi-apikan kita semua.

kita semua tak salah, tapi kita inginkan kehidupan yang harmoni,

tahun 90an abgi aku adalah kemuncak kerana media dilihat lebih menekan kan isu perpaduan kaum untuk hidup harmoni,

tapi sekrang dilihat lebih kepada agenda-agenda politik semasa sehingga sanggup memperjudikan keharmonian rakyat malaysia,

saya juga punyai kawan chinese dan indian tapi tak pernah pula kami rasa terasing,

kau melayu, kau cina, kau india,

tak pernah ada.

tak pernah ada

tak pernah ada

dan

tak pernah ada.

zaman Rasulullah dulu, banyak kaum yang hidup bersama, ada muhajirin, ansar, yahudi dan lain-lain

tapi mereka hidup harmoni,

kenapa kita lebih bimbangkan kehilangan hak sedangkan contoh terbesar ada di depan mata kita,

Contoh kepimpinan Nabi Muhammad,

dan mengapa pula pemimpin tak sanggup memerintah berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah,

Apa yang mereka inginkan dalam hal ni?