Friday, January 3, 2014
Kota Bharu Ku Indah Permai
Rasanya macam dah tak relevan menulis dalam blog semenjak semua orang guna Twitter, Facebook, Instagram, VSCOCam lah dan macam macam lagi.
tapi
Nak tulis apa yang terbuku dalam hati masih lagi relevan dalam ni.
sebab
bukan nak berniaga pun or spam spam orang pasal kerja buat duit 10k sebulan atau jual ubat yang ntah apa apa
cuma
nak menulis
Sejak bulan Jun tahun lepas, aku berada di kampung halam indah permai lagi mengasyikan.
Suatu hari, sedang aku pandu kereta, aku terdengar satu iklan tentang Kelantan ni punyai orang orang baik, peramah dan segalanya yang baik lah.
jadi setiap malam lepas aku balik kerja, aku akan pergi beberapa tempat untung tahu rupa sebenar Kota Bharu.
sebab
aku tahu hidup di KB ni sebagai orang lokal atau tempat, lokal ni diperkenalkan pada zaman Tun Abdullah, dan satu lagi Glokal. dua perkataan baru pada zaman tu.
Jadi
aku bajet bajet sebagai orang luar lah walaupun plat kereta kepala D.
Pertama kali aku ke Jalan Gajah mati, aku beli coke dan minum di kaki lima tempat orang lalu lalang, ramai yang tegur, ramai juga yang tak peduli, bukan tu yang aku cari, aku cari masyarakat setempat. Jadi aku tengok seorang Mak Cik berbangsa Cina masuk ke 7/11. Beli mee segera. Dia tanya kepada penjual apa itu teknologi mee tarik yang mee segera tu war war kan. Sudah tentu lah pekerja tu xboleh nak jawab sebab kejadahnya mee segera ni guan teklogi mee tarik tapi yang menariknya penjual ni bergurau cakap mee ni dia tarik tarik sebelum dia keras jadi mee segera tu dan mak cik tu pun cakap tipu dan semua dalam 7/11 tu gelak.
Kedua aku ke satu kawasan Masjid Muhammadi, aku lepak kat situ aku terlihat seorang penjual karipap, karipap panas katanya. memang betul dia jual karipap panas sebab dia buat depan mata karipap tu dan goreng depan mata juga. Apa yang menarik penjual karipap ni suka berbual pasal kehidupan, katanya dulu tak kawen boleh kerja main main sebab duduk sorang2 sekarang dah kawen ada komitmen anak bini jadi kena bersungguh sungguh walauapun jual karipap. jual karipap halal dik dari kita jual karipap kat bukit bintang malam malam katanya. Lepas tu dia cakap suasana juga mempengaruhi kehidupan kita contohnya kita hidup di kawasan masjid kita dapat dengar ceramah agama walaupun tak duduk dalam masjid, bergaul orang yang baik baik, puntual semayang jemaah, jadi baik lah kita. kalau kita duduk dikota, lain lah jadinya.Keinginan tu pun lain juga.
Jadi
Aku rasa aku perlu korek lagi apa yang orang kelantan ni simpan yang tak nampak dimata rakyat malaysia kita ni,
ni tak, cakap Kelanta terus kenal pasar Siti Khadijah, KB Mall, orang jatuh dalam KB Mall lah dan sebagainya.
Nak ditegaskan disini,
Orang Kota bharu ni memang PERAMAH.
Saturday, July 27, 2013
gembira
saya lihat seorang ayah yang hanya ada basikal jea sebagai kenderaan,
satu hari saya lihat dia kayuh basikal dengan menuntun satu lagi basikal (korang boleh bayang mcamana),
muka dia nampak gembira, saya behenti kereta, tunggu dia lalu dan tanya, dia cakap basikal ni untuk anak dia, walaupun basikal terpakai, dia gembira sebab dia pasti anak dia pasti gembira dapat basikal. itu kita panggil gembira.
berdekatan tempat kerja saya ada seorang lelaki, kurang siuman perwatakan dia,
boleh kata dia akan bunyikan hon mcam di stadium tu untuk meriuhkan keadaan,
walaupun pelik tingkah laku, tapi gembira nya beliau, itu juga kita kata gembira.
kalau anda biasa lepak dikawasan kota bharu pada malam hari, tak kira mana mana kedai, anda pasti akan didatangi oleh seorang budak yang menjual kerepek,
menjaja lagaknya trapi lebih tepat kita katakan mencari rezeki halal,
kalau ada orang beli dia muka biasa biasa saja sebab tu rutin beliau,
selepas tu akan datang seorang mak cik dengan motosikal kelihatan gembira kerana dia tahu, dia dapat bgi belnja kepada anak anaknya esok pagi.itu juga kita panggil gembira.
begitu juga kalau kita bagi baju raya kepada orang anak anak orang kampung yang kurang berkemampuan, kita ayik menangis tak dapat baju raya atau beli lewat takut tak dapat baju, mereka redha, redha dengan rezeki yang ada. dapat baju raya.senyum lebar.itu gembira. bukan ank memperkecilkan atau mempersoalkan tugas ibu bapa mereka tapi kita kurangkan beban mereka.
gembira ni tak perlu masuk paper, tv adik kakak.. yang penting hati.. gembiranya kita sebab hati kita gembira.
Wednesday, June 5, 2013
Permulaan
Wujud seorang budak, nama w lah kita bayangkan, seorang loser, mencari identiti, terimut2 trend rakan sekolah, selalu berangan nak baarangan mahal walaupun tahu memang xmampu, hanya duduk dirumah kedai satu bilik dengn suasana penuh tegang setiap hari kerana terpaksa menipu kawan2 bahawa duduk di rumah besar katanya.mentaliti budak memang xberubah.
Satu hari w dapat nombor, nombor wanita x dikenali namanya kita sebut e, e ni susuknyer menarik, ramping gebu tapi rebelious untuk umur 15 tahun, pakai singlet, seluar pendek ala2 hot pant, memang satu kejutan buat w dapat awek macam tu, tapi sayang hanya berhubung melalui fon, fon sapa w bedal? Fon ayah dia sampai bil talipon cecah 900 bulan2 tersebut.. ini cinta monyet.
E punyai sepupu, kita bagi nama em, oramgnya lemah lembut, gebu, cantik, manis, tapi masih lagi rebelious sbb budak2 lagikan.. sesiapa yang jumpa dia akan trus ingt dia sampai bila.. ni lah penangan em dekat semua org..
Bersambung..,..,......