Sunday, January 6, 2013

Tersisih

Pernah kah kita terfikir bahawa banyak lagi aspek yang kita sisihkan dalam kehidupan seharian kita tidak termasuk tuntutan kesatuan pekerja terhadap kebajikan pekerja, penipuan2 ahli2 politik untuk mengukuhkan kedudukan mereka, gesaan untuk membantu golongan ibu tunggal, dan sebagainya.

Kita pernah terfikir berapa ramai remaja2 yang drop atau berhenti sekolah akibat putus asa, tiada dorongan, memberontak, diabaikan, dan keinginan untuk bekerja. Sapa yang bertanggungjawab? Dah tentu mak ayah tapi kalau mak ayah dah meninggal? Mestilah adik beradik tapi kalau adik beradik pun 2 kali 5, kita ni lah yang bertanggungjawab. Tak ada ke ngo2 bagai, kementerian yang sanggup turun padang tentang isu, dari duk bising politik baik tolong anak anak benih malaysia yang akan menggerakan negara lepas ni, merrka2 ni kalau digilap dapat juga jadi tenaga buruh mahir dari korang duk kata keperluan tenaga buruh xmencukupi, lepas tu tanam sikap streotype kat rakyat sendiri yang orang malaysia ni nak kerja high class ja.

Ni satu lagi cerita mak ayah guna anak pergi jual2 barang kerepek ke, nasi lepak le, apa2 je lah. Sebenarnya itu okay sebab menolong mak ayah meringankan beban mereka. Yang xokaynya ialah bila guna anak umur tak masuk tadika lagi pergi jual2, pkul 12 malam dalam hujan pula tu, mak ayah jenis apa ni?????

No comments:

Post a Comment