Monday, October 8, 2012

dugaan

Hidup ini penuh dugaan, dugaan dimana kita diuji, tapi bagi aku dugaan itu satu lumrah hidup unutk mengajar kita untuk meneruskan suvival hidup, betol lah orang cakap tuhan tak bagi kita dugaan yang tak mampu kita hadapai kecuali mati, mati tak boleh kita lambatkan atau pun cepatkan.

 Apa yang kita perlu buat semasa menghadapi dugaan ini ialah keep calm atau orang cakap tenang, buat ia mcam tak ada masalah dan keep thinking about the solution bukan melalak menangis cakap putus asa, itu namanya bullshit.

 Kadang-kadang dugaan tu bukan melibatkan diri kita sendiri, ada ketika, ianya melibatkan orang sekeliling kita dan ada ketikanya hubungan dengan orang sekeliling memang musnah buat sementara.

 Please follow the trend dimana kita ikut keadaan semasa, ambil masa untuk reda dan buang ego yang ada dan senyum.

 Walaupun reputasi sedikit tercalar atau pun terus tercalar, tapi kawan tu juga kita pernah senyum, gelak dan juga menangis.

Bagi aku, aku rindu dengan kawan-kawan dan ada juga yang masih dalam proses pemulihan hubungan, sebab dalam komuniti tak kan lah nak masam muka jea kan. release ur ego dan make friend again.

 Tak salah kan.

'True friends stab you in the front'
                                      katanya Oscar Wilde.


selamat malam

Sunday, September 2, 2012

nyaman

pernah kah anda terjumpa kawasan sungai yang cetek,
paras buku lali airnya,
sejuk damai
air yang jernih
pasir yang bersih dan anda terus baring yang paras airnya tak menjengah telinga anda
dan semasa baring
anda terlihat pokok-pokok yang kininya semakin pupus tapi cantik dipelihara
awan yang bergerak ke kanan anda
sejuk belakang anda kerana air sungai
pernah kah anda
jika pernah,
sama-sama kita pelihara khazanah flora dan juga fauna agar di mamah manusia
untuk kita sendiri
untuk anak kita
untuk keturunan kita

Tuesday, July 10, 2012

Anak Din Biola

Pada suatu hari saya jalan-jalan kesana ke mari tak ada hala tuju kata orang tua, dalam hati mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti, adakah ganja, adakah rokok adakah Maimon anak Pak Dollah, mencari dan terus mencari terjumpa dua orang pelik yang ku anggap sebagai penyelamatan dunia aku di dunia fana ini.

Sorang bersifat dominan dan sangat yakin dengan setiap kuputusan. Boleh kata apa yang dia buat menjadi lah tapi ku lihat beliau menggunakan pelbagai cara untuk terus berjaya, orang politik kata menghalalkan apa yang tak patut dan menghalalkan apa yang dah halal. Menggunakan teknik torehan ikan hering, eh bukan teknik tu. teknik berkomplot dengan pelbagai kelompok manusia untuk terus berjaya.

Sorang lagi bersifat lebih lembut untuk mendekati aku, gaya percakapan menyakinkan aku, berkopiah menunjukan beliau seorang yang boleh dipercayai, peluk aku untuk menenangkan aku tapi bukan pelukan lelaki sama lelaki yang bernafsu. bukan keran aku bukan lah kalangan yang bernafsu terhadap sentuhan lelaki. tapi aku menepis pelukan tersebut kerana niatku hanya mencari sang penyelamat yang dapat membawa ku selamat di dunia ini.

Aku keliru untuk meminta pertolongan dari kedua orang ini terlalu pelik bagi ku untuk terus berfikir tentang mereka ini kerana dilihat sebagai satu mainan hidup yang mengeksploitasi minda orang yang seperti aku ini.

Tiba-tiba aku nampak dari celahan mereka berdua terdapat ramai orang yang mimik muka macam aku, wajah keliru macam aku, hati dan perasaan macam aku. aku pilih mereka.

Kenapa aku pilih mereka

Kerana mereka ada lah rakyat. rakayat yang berusaha untuk terus hidup tanpa dieksploitasi oleh mereka-mereka (parti politik) untuk terus berkuasa.

Persetankan apa yang mereka canangkan, dua belah pihak memang aku tak percaya. Bagi lah aku duit pompuan, gadis-gadis meleis yang cantik dan sunti tak pernah disentuh lelaki bagai. Aku tak terima yang aku terima ialah keadilan dan ketelusan sejati yang aku cari. Aku yakin suara rakyat lebih padu dan lebih kuat dari ceramah-ceramah politik yang aku lihat sebagai nyanyian politik yang bodoh.

Kata Anak Din Biola kepada saya.