Tuesday, July 10, 2012

Anak Din Biola

Pada suatu hari saya jalan-jalan kesana ke mari tak ada hala tuju kata orang tua, dalam hati mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti, adakah ganja, adakah rokok adakah Maimon anak Pak Dollah, mencari dan terus mencari terjumpa dua orang pelik yang ku anggap sebagai penyelamatan dunia aku di dunia fana ini.

Sorang bersifat dominan dan sangat yakin dengan setiap kuputusan. Boleh kata apa yang dia buat menjadi lah tapi ku lihat beliau menggunakan pelbagai cara untuk terus berjaya, orang politik kata menghalalkan apa yang tak patut dan menghalalkan apa yang dah halal. Menggunakan teknik torehan ikan hering, eh bukan teknik tu. teknik berkomplot dengan pelbagai kelompok manusia untuk terus berjaya.

Sorang lagi bersifat lebih lembut untuk mendekati aku, gaya percakapan menyakinkan aku, berkopiah menunjukan beliau seorang yang boleh dipercayai, peluk aku untuk menenangkan aku tapi bukan pelukan lelaki sama lelaki yang bernafsu. bukan keran aku bukan lah kalangan yang bernafsu terhadap sentuhan lelaki. tapi aku menepis pelukan tersebut kerana niatku hanya mencari sang penyelamat yang dapat membawa ku selamat di dunia ini.

Aku keliru untuk meminta pertolongan dari kedua orang ini terlalu pelik bagi ku untuk terus berfikir tentang mereka ini kerana dilihat sebagai satu mainan hidup yang mengeksploitasi minda orang yang seperti aku ini.

Tiba-tiba aku nampak dari celahan mereka berdua terdapat ramai orang yang mimik muka macam aku, wajah keliru macam aku, hati dan perasaan macam aku. aku pilih mereka.

Kenapa aku pilih mereka

Kerana mereka ada lah rakyat. rakayat yang berusaha untuk terus hidup tanpa dieksploitasi oleh mereka-mereka (parti politik) untuk terus berkuasa.

Persetankan apa yang mereka canangkan, dua belah pihak memang aku tak percaya. Bagi lah aku duit pompuan, gadis-gadis meleis yang cantik dan sunti tak pernah disentuh lelaki bagai. Aku tak terima yang aku terima ialah keadilan dan ketelusan sejati yang aku cari. Aku yakin suara rakyat lebih padu dan lebih kuat dari ceramah-ceramah politik yang aku lihat sebagai nyanyian politik yang bodoh.

Kata Anak Din Biola kepada saya.

6 comments:

  1. aku hanya dapat mengesan kepolitikan post ini selepas anda menyebut perkataan politik.sebelum itu, tidak terlintas langsung. sungguh mendalam.

    ReplyDelete
  2. canang otak politik , kita akan dikritik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. politik xbermakna kita duk satu pihak jea.. bgi saya, kita semua ni dipihak ketiga,yng kat tengh2... kalau kita xkritik yang dua ni, xsedarlah dierng yang mereka ni ada sebab kita.. kita = anak muda . anak muda macam kita perlunya xmakan hasutan.apa2 pun, fotografi lagi best

      Delete