Sunday, July 8, 2012

Suria

Nama saya Suria, kenapa Suria sebab mak saya cakap Suria boleh menerangi segenap pelusuk alam begitu juga dengan saya dimana mak saya berharap saya dapat menerangi kehidupan semua orang dengan cara saya sendiri.

Memang ditakdirkan saya menerangi hidup orang lain. memang ianya satu takdir yang diharapkan oleh kedua ibu bapa saya. Saya memberi harapan kepada semua orang bahawa terdapatnya jalan unutk segala masalah mereka. saya sinarkan hidup mereka dengan berkat dan hijab nama saya.

Tak kurang juga yang selalu salah anggap terhadap cahaya yang saya berikan. cahaya yang saya terangi selalu diputar alam kepada cinta, rasa kasih. itu menjadi permasalah dalam benak hati kabur saya. suria bukan untuk cinta,suria untuk menolong orang bukannya disalah anggap dan dipermainkan perasaan hati selembut kulit telur ini.

Ditabahkan hati juga untuk terus berjuang kata hati saya, banyak lagi kehidupan yang perlu di beri pencahayaan termasuk juga hidupan bukan manusia seperti pokok untuk mereka meneruskan hasrat untuk melakukan fotosintesis.

akhirnya, menjadi lumrah bagi sang penyinar, walaupun bersinar tapi dibelakangnya sangat rapuh, tidak ada penyokong.yang ada cuma Sang Pencipta,mak ayah dan sang bulan. Mereka menjadi tulang belakang yang teguh dan kuat. ibarat putaran alam.

Cerita suria kepada saya.

2 comments:

  1. suria hanya bergantung kepada pencipta. bagaimana pula manusia yang masih belum sedar tentang kepentingan taat kpd ILAHI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tanggujawab kita yang sedar untuk membimbing...membimbing bukan dengan merendahkan, membimbing dengan mendekati,memahami,menyelami mereka.

      Delete